Ini peraturan Yatsuko Koumuten MNH48 dalam format yang lebih mudah dibaca

Selamat datang ke Yatsuko Koumuten MNH48! Inilah entiti pembinaan™ yang membina empayar Yaya MNH48! Bincangkan terjemahan, benda wibu, berita kebangsaan, dan pengangkutan awam!
Sila pastikan anda baca dan faham semua peraturan pelayan ini seperti yang dipamerkan di bawah, dalam bahasa yang anda pilih, dan bersetuju dengannya sebelum anda menyertai pelayan ini.
Sekiranya terdapat percanggahan dalam peraturan antara bahasa berlainan yang digunakan, edisi bahasa Melayu (Rumi) akan digunakan. Inilah sebab kenapa setiap peraturan dimulakan dengan bahasa ini.
Peraturan ini juga tersedia dalam format yang lebih mudah dibaca di https://d.mnh48.moe/ms/rules

PERATURAN 0 - IKUT TERMA DISCORD
Sila baca terma perkhidmatan Discord dan ikut peraturan yang dinyatakan, ia boleh dijumpai di sini: https://discord.com/terms (bahasa Inggeris sahaja buat masa ini)
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma tersebut, anda patut keluar daripada Discord sekarang juga. Anda mesti bersetuju dengannya untuk menggunakan Discord itu sendiri, apatah lagi untuk menyertai pelayan ini.

PERATURAN 1 - SILA HORMAT SESAMA KITA
Sila hormat sesama kita. Jika seseorang suruh anda berhenti membuat sesuatu kepadanya, maka berhentilah.
Sila ambil perhatian bahawa pelayan ini sebuah pelayan berfikiran terbuka, jika anda tidak menerima perkara seperti LGBT, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kebebasan kehidupan, maka sila tinggalkan pelayan ini, kami tidak perlukan orang berfikiran tertutup untuk mengancam minoriti di sini.
Ambil perhatian bahawa menerima tidak sama dengan menyokong, tak apa kalau tak sokong LGBT, tetapi anda mesti menerima LGBT sebagai sebahagian daripada kehidupan biasa orang lain.

PERATURAN 2 - JANGAN SALAH GUNA
JANGAN salah guna pelayan untuk kegunaan peribadi, atau mengganggu pengguna lain, terutamanya untuk tujuan:
- Menyebarkan mesej / kata-kata kebencian
- Menyebarkan ideologi berfikiran tertutup
- Menyebarkan maklumat palsu (sila nyatakan sumber apabila menghantar berita)
- Menyalahgunakan ping
@everyοneatau@here - Menyalahgunakan perintah / sembang / mesej / benaman dengan mengespam mereka
- Mengetrol secara berlebihan
- Mengugut pengguna lain menggunakan kandungan yang mereka pernah hantarkan (tak kira kandungan itu dari sini atau dari platform lain)
- Menyamar sesiapa saja termasuklah tetapi tidak terhad kepada menyamar sebagai pentadbir dan pemudah cara

PERATURAN 3 - JANGAN HANTAR LUCAH DI SEMBANG UTAMA
Jangan hantar benda lucah di sembang utama, walaupun dalam bocoran. Tahap lucah di pelayan ini ialah penampilan seksual. Ini bermakna anda tidak boleh menghantar gambar/mesej cecair peranakan (iaitu air mani, lelehan faraj, atau cecair ejakulasi yang lainnya), puting buah dada tidak bertutup, faraj tidak bertutup, zakar tidak bertutup, sebarang bayangan bentuk faraj atau zakar atau puting buah dada, dan muka ahegao.
Anda masih boleh menghantar gambar kulit terdedah, contohnya perempuan pakai bikini atau gstring selagi mana puting buah dada dan faraj masih ditutup dan tidak menampakkan bentuk, atau lelaki berseluar pendek atau berseluar dalam selagi mana zakar ditutup dan tidak menampakkan bentuk; asalkan ia tidak mempunyai kandungan seksual lain, seperti cecair peranakan atau kondom, dalam gambar yang sama.
Penampakan buah dada sendiri tidak dilarang, tetapi puting mestilah ditutup. Peraturan ini digunapakai di semua saluran utama, kami ada saluran berbeza untuk kandungan lucah yang dikunci untuk orang yang telah disaring sahaja.

PERATURAN 4 - GUNA SALURAN MENGIKUT TUJUAN
Gunakan saluran mengikut tujuan, jangan tulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan saluran yang anda gunakan. Tujuan saluran semuanya ditulis di sembang disemat dan keterangan saluran, baca dahulu sebelum menulis apa-apa di saluran tersebut.
Tambahan pula, terdapat wiki yang menerangkan tujuan setiap saluran di #🛂︱channel・saluran・سالورن.

PERATURAN 5 - PENGEHADAN BAHASA
Saya hanya benarkan bahasa berikut di pelayan ini:
- Bahasa Melayu (semua loghat - dalam tulisan Rumi, Jawi, Rejang, dan Beringin sahaja)
- Bahasa Inggeris (semua loghat - dalam tulisan Rumi sahaja)
- Bahasa Cina (Mandarin sahaja - dalam tulisan Cina Ringkas, Cina Singapura, Cina Tradisional, Pinyin, dan Bopomofo sahaja)
- Bahasa Jepun (loghat piawai sahaja - dalam tulisan Hiragana, Katakana, dan Kanji sahaja)
- Bahasa Indonesia (loghat piawai sahaja - dalam tulisan Rumi, Pegon, Rejang, dan Beringin sahaja)
Hal ini kerana saya hanya memahami bahasa yang dinyatakan dan saya juga perlu mengawal sembang di pelayan ini.

PERATURAN 6 - TANDA BOCORAN DALAM 3 BULAN TAYANGAN
Jika anda ingin bincang sesuatu yang baru saja diterbitkan di negara asalnya, sila tanda bocoran (spoiler). “Baru” di sini merujuk kepada tempoh masa tiga bulan dari tarikh terbitan am pertama di negara asal.
Sekiranya sesuatu baru diterbitkan di negara anda apabila ia sudah pun lebih tiga bulan di negara asal, ia tidak perlu ditanda bocoran. Kami tidak boleh mengambil kira terbitan di setiap sebuah negara yang berlainan.
Terbitan terjemahan yang mempunyai konteks berlainan akan dikira secara berasingan, contohnya jika alih suara bahasa Melayu bagi anime Jepun baru diterbitkan sedangkan anime asal sudah pun diterbitkan dalam bahasa Jepun melebihi tiga bulan, maka jalan cerita am tidak perlu ditanda bocoran, tetapi perbincangan berkaitan dengan terjemahan itu sendiri perlu ditanda bocoran, contohnya kritikan pelakon suara, ketepatan terjemahan, penapisan dalam versi terjemahan, dll. Begitu juga halnya dengan terjemahan bahasa Inggeris bagi manga bahasa Jepun, dan sebarang terjemahan bahasa lain bagi mana-mana media yang lainnya.

PERATURAN 7 - KAWAL PROMOSI ANDA
Saya tidak melarang anda berkongsi apa-apa yang anda buat, selagi mana ia dikongsikan di saluran yang betul, dan hanya hantar sekali sahaja. Jangan asyik ulang hantar benda sama yang anda buat banyak kali. Anda boleh hantar benda berlainan yang anda buat sebanyak satu kali bagi setiap satu benda tersebut.

PERATURAN 8 - JAGA DIRI ANDA
Saya tidak melarang anda berkongsi maklumat peribadi anda sendiri, atau gambar seksual atau bogel anda sendiri di saluran dewasa, kerana saya menghormati hak anda untuk berkongsi, tetapi saya sangatlah tidak menggalakkan anda berbuat sedemikian. Ini demi menjaga diri anda daripada diugut di kemudian hari di pelayan atau platform yang lain!

PERATURAN 9 - SEMUANYA DILOGKAN
Dengan menyertai pelayan ini, anda bersetuju bahawa segala sembang anda dilogkan, dan sebarang suntingan atau pemadaman yang anda buat juga dilogkan secara berasingan untuk tujuan pemudahcaraan. Anda juga bersetuju bahawa sesiapa sahaja termasuk anda sendiri boleh menangkap layar sebarang sembang yang anda tuliskan di sini, menyimpan sebarang fail yang anda hantarkan ke sini, merakam sebarang sesi suara/pentas/video yang anda sertai di sini. Ini pelayan awam yang sesiapa sahaja boleh sertai asalkan mengikut peraturan pelayan dan juga terma perkhidmatan Discord, jadi anda patut anggap ia sama seperti internet yang luas.

MAKLUMAT TEKNIKAL
Semua gambar yang digunakan di pengepala peraturan itu milik saya, dan berikut ialah konteks bagi gambar asalnya:
- Pengepala saluran: pandangan landasan keretapi dari jambatan yang menghubungkan Terminal Bersepadu Selatan ke stesen keretapi Bandar Tasik Selatan, menandakan penekanan yang berat terhadap prasarana pengangkutan awam di pelayan ini, gambar ditangkap pada 7 Januari 2020.
- Pengepala peraturan 0: pandangan dekat tulisan bahasa Cina bertulisan tangan, yang sebenarnya merupakan terjemahan bahasa Cina bagi lagu bahasa Jepun “Bad Apple” daripada francais Touhou, gambar ditangkap pada 31 Januari 2020.
- Pengepala peraturan 1: gambar para pelajar beratur untuk menaiki bas rapidKL laluan T751 yang kini sudah ditamatkan perkhidmatannya di UiTM Shah Alam, gambar ditangkap pada 9 Oktober 2018.
- Pengepala peraturan 2: pandangan dekat lukisan yang saya lukis atas papan putih saya, menggambarkan saat watak bukan perduaan Mogumo dari manga Fukaboku merasa marah dengan orang yang membuat anggapan mengenai jantinanya (bab 1 muka surat 21), gambar ditangkap pada 23 Oktober 2018.
- Pengepala peraturan 3: gambar seekor kucing jantan kelabu cuba mengejar seekor kucing betina jingga di sebuah stesen keretapi, gambar ditangkap pada 15 Ogos 2025.
- Pengepala peraturan 4: gambar menunjukkan wayar pembahagi yang membahagikan palam bergabung kepada dua soket berasingan, satu untuk saluran keluaran audio (hijau) dan satu untuk saluran masukan audio (merah), gambar ditangkap pada 26 Januari 2017.
- Pengepala peraturan 5: pandangan dekat sebuah meja kanak-kanak yang kecil dengan huruf bahasa Inggeris dicetak di atasnya, gambar ditangkap pada 19 September 2020.
- Pengepala peraturan 6: sekumpulan peminat memberikan persembahan dalam bentuk lampu sorakan dan patung mainan lembut kepada poster gergasi filem “Love Live! Sunshine!! The School Idol Movie: Over the Rainbow” di hadapan pintu masuk pawagam GSC MidValley Megamall, gambar ditangkap pada hari siaran peminat bagi filem tersebut pada 23 Mac 2019.
- Pengepala peraturan 7: orang ramai yang mengunjungi reruai raga busana yang mempromosikan para peraga busana mereka ketika Comic Fiesta 2022, gambar ditangkap pada 18 Disember 2022.
- Pengepala peraturan 8: di luar salah satu wad di Hospital Kuala Lumpur, gambar ditangkap ketika saya berjalan keluar selepas keluar wad untuk balik rumah pada 20 Januari 2023.
- Pengepala peraturan 9: pandangan dekat ukuran air yang saya minum dan air yang saya kencing sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan apabila saya ditahan di wad atas sebab kes demam denggi, gambar ditangkap pada 19 Januari 2023.
- Pengepala maklumat teknikal: pandangan dekat kotak fius di tempat lama Sibermerdeka di Pudu, gambar ditangkap pada 16 Februari 2025.
- Pengepala pautan undangan: pandangan luas Pantai Chenang di Langkawi ketika saya berada di salah sebuah kedai makan luaran berhampiran menikmati makanan dan pemandangan, gambar ditangkap pada 3 Disember 2024.
Pasuan berikut digunakan pada gambar pengepala:
- Elms Sans Black (tulisan utama dalam bahasa Melayu Rumi dan bahasa Inggeris di
tengah)
Laman sesawang: https://github.com/mara-aa/elms-sans/ - Mada SemiBold (tulisan bahasa Melayu Jawi yang kecil di bawah)
Laman sesawang: https://github.com/aliftype/mada - Rounded M+ 1p bold (tulisan bahasa Jepun yang kecil di atas)
Laman sesawang: https://jikasei.me/font/rounded-mplus/
Pasuan berikut digunakan di laman sesawang yang menunjukkan peraturan dalam format yang lebih mudah dibaca:
- Baloo 2 (Bahasa Melayu Rumi dan bahasa Inggeris)
Laman sesawang: https://fonts.google.com/specimen/Baloo+2 - Mada (Bahasa Melayu Jawi)
Laman sesawang: https://fonts.google.com/specimen/Mada - ZCOOL XiaoWei (Bahasa Cina Ringkas)
Laman sesawang: https://fonts.google.com/specimen/ZCOOL+XiaoWei - Chiron GoRound TC (Bahasa Cina Tradisional)
Laman sesawang: https://fonts.google.com/specimen/Chiron+GoRound+TC - Kosugi Maru (Bahasa Jepun)
Laman sesawang: https://fonts.google.com/specimen/Kosugi+Maru

PAUTAN UNDANGAN
Undang rakan anda menggunakan pautan ini:
https://d.mnh48.moe/join
Jika inginkan pautan pelayan Discord yang sebenar, gunakan pautan ini:
https://discord.gg/8uey3Apba4